Fakta Sebenar Kenapa Kerajaan Naikkan Harga Minyak

Written By Panglima Harimau on 03 September 2013 | 1:06 PM


Sebaik sahaja PM umum harga RON95 dan diesel naik semalam, gerombolan puak pembangkang dengan ghairah 'meraikannya' umpama pesta. Segala macam sumpah saranah dihambur, propaganda mengatakan barangan akan naik mencanak-canak mula disebar. Ada juga yang menjadikannya bahan jenaka dengan menyifatkan kenaikan itu sebagai 'hadiah grand prize' untuk pengundi yang memilih kerajaan.

'Pakar ekonomi' pembangkang merangkap MP Pandan, Rafizi Ramli awal-awal lagi datang dengan statistiknya. Katanya, peningkatan 20 sen itu akan menyelamatkan RM3.4 bilion wang kerajaan dari segi pemberian subsidi - jumlah yang didakwanya sudah mencukupi untuk memberikan BR1M 3 menjelang Bajet 2014 nanti.

Secara jujur, saya sebagai antara rakyat marhaen juga tidak suka mendengar perkhabaran harga minyak naik. Tiada siapa yang gembira. Tetapi sebelum membuat justifikasi, ada baiknya kita menganalisa secara objektif faktor kenapa kerajaan membuat keputusan yang sangat sangat sangat tidak popular ini.

Berdasarkan laporan terkini, harga minyak global kini sudah mencecah AS$100 setong dan jumlah ini boleh meningkat sehingga AS$150 setong jika krisis politik di Syria tidak terhenti. Jumlah ini cukup tinggi jika dibandingkan dengan harga pasaran minyak dunia pada tahun 2001 yang berada hanya sekitar AS$15 setong!

Jika anda merujuk Wikipedia mengenai trend harga minyak di Malaysia, harga minyak (ketika itu hanya ada RON97) adalah RM1.30 manakala harga pada masa ini (selepas kenaikan 20sen) ialah RM2.10.

Ini bermakna, dengan peningkatan harga minyak dunia daripada hanya AS$15 setong pada 2001 kepada AS$100 setong tahun ini, kenaikan terkumpul harga minyak di Malaysia hanya sekitar 70 sen sepanjang tempoh itu manakala jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan kini sudah mencecah RM24 bilion setahun.

Sekadar buat perbandingan, tiga bulan lalu, Indonesia menaikkan harga petrol mereka sebanyak 33% dengan secara sekaligus. Dalam kes di Malaysia, kenaikan 20 sen itu hanya sekitar 10.5 peratus.

Seperti biasa, puak-puak pembangkang akan menggunakan hujah bahawa tidak adil untuk bandingkan dengan Indonesia kerana negara republik itu bukan pengeluar minyak seperti Malaysia. Betulkah begitu?

Puak-puak ini juga akan membuat perbandingan harga minyak di negara-negara pengeluar minyak dunia seperti Arab Saudi (RM1.22 sen seliter), Bahrain (89sen), Qatar (72sen) dan Kuwait (69sen).

Krisis di Mesir juga menyumbang kepada kenaikkan harga minyak - HarakahDaily

Baik, kita ambil Arab Saudi sebagai perbandingan. Malaysia mengeluarkan 624,000 barel minyak sehari sementara Arab Saudi mengeluarkan 11.2 juta barel sehari - perbezaan hampir 16 kali ganda. Jika ditolak penggunaan domestik antara dua negara ini, hasil eksport keseluruhan adalah kira-kira 19,000 barel untuk Malaysia dan 8.53 juta barel bagi Arab Saudi. Lihatlah betapa besar beza keuntungan yang boleh dihasilkan Arab Saudi sedangkan beza harga minyak kedua-dua negara hanya 90 sen.

Secara dasarnya, Malaysia bukan negara pengeksport minyak, malah 90 peratus keluaran minyaknya adalah untuk kegunaan dalam negara. Syarikat minyak nasional, Petronas pula aktif dalam kerja cari gali minyak di beberapa negara luar. Sumber simpanan minyak negara juga tidak akan kekal, Malaysia dijangka akan kehabisan sumber minyak menjelang tahun 2025.

Jika dilihat statistik kepada jumlah simpanan minyak ( statistik 2011), Arab Saudi mempunyai simpanan minyak terbesar di dunia iaitu sekitar 262,700,000,000 barrels (tong) manakala Malaysia pula hanya 3,100,000,000 barrels. Malah, Indonesia yang menaikkan harga minyak sehingga 33 peratus baru-baru ini memiliki lebih banyak simpanan minyak berbanding kita iaitu 4,600,000,000 barrels.

Ada juga yang berhujah, dengan untung Petronas yang mencanak-canak mencecah puluhan bilion setiap tahun, kenapa harga minyak tidak boleh diturunkan? Memang benar Petronas untung besar, tetapi jumlah yang disalurkan kepada kerajaan juga berjumlah berpuluh bilion setiap tahun dan jumlahnya terus meningkat.

Kita perlu sedar bahawa Petronas adalah sebuah entiti perniagaan dan tidak semua keuntungannya boleh disalurkan kepada subsidi. Petronas juga menitikberatkan soal mengembangkan prospek perniagaannya dan ia tentunya bukan memakan modal yang sedikit. Malahan, seperti yang saya sebutkan tadi, sumber minyak negara tidak akan kekal selama-lamanya.

Rakyat juga perlu sedar betapa besar impak kenaikan harga minyak dunia yang makin tidak menentu. Bayangkan kalau kemelut di Syria berterusan dan harga minyak boleh mencecah sehingga AS$150 setong, jumlah subsidi pasti meningkat berkali ganda. Kerajaan boleh memilih untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi ia tentunya mengundang risiko yang cukup besar dan boleh melemahkan ekonomi sekaligus menyusahkan rakyat. Jika itu berlaku, maka pembangkang akan menuduh pula kerajaan tidak berbuat apa-apa untuk menyelamatkan ekonomi.

Tindakan menaikkan sedikit harga minyak secara langsung membantu mengurangkan nisbah hutang negara. Bukankah pembangkang juga yang ghairah menjadikan isu hutang negara sebagai modal politik pada PRU lalu? Dalam keadaan negara turut berdepan senario politik global yang tidak menentu, semua perkara ini wajar diambil pertimbangan sewajarnya.

Jangan kerana taksub politik, kita mahu mempertaruhkan masa depan ekonomi dengan memberi gambaran salah kepada rakyat. Kalau pun hendak menjadikan kenaikan harga minyak ini sebagai wacana politik, berhujahlah secara fakta, bukan sekadar melemparkan hujah simplistik dan fitnah semata-mata.

34 comments:

Anonymous said...

puak sewel ni bukan nak dengar cakap org lain.
apa org mereka cakap je mereka dengar dan juga kitab najis mereka, haramkah

diaorg ni kalau yahudi zionis pun jadi ahli dap, mereka sanggup ikut. sami'na wa ato'na.

TM said...

ish ish awat laa teruk sangat cara hang pikir...
kerajaan cut subsidi utk rakyat... tapi elaun dan gaji menteri naik berganda. KM sarawak 3 kali ganda gaji naik. apa bala? why not cut subsidi menteri instead of subsidi rakyat. apa punya pikiran laa. karang panjang2 buat apa nya.

minyak dunia naik, ok fine. tapi time harga minyak dunia turun, mana ada minyak kita turun. tak payah merapu panjang2 laa... hahaha

Anonymous said...

banyak lg cara lain utk kurang hutang negara... kenapa nak bebankan rakyat yg miskin ni pulak?

mohd mujiburahman Masrom said...

Nak naik pon agak2 lah.. tengoklah ekonomi purata setiap individu di malaysia sekarang. Kereta sekarang mnjadi keperluan. Kerajaan sepattnya mengurangkan beban rakyat.bukan mnambahkan beban.

Zenk Car Rental said...

harakah pun ada laporan pro krajaan,,,pelik ni?

Khairulazd said...

Emmm boleh tak bagitau saya dari mana sumber gaji KM Sarawak yg naik 3 kali ganda pls. Cthnya Gaji KM Sarawak naik 3 kali ganda (perbandingan dari tahun xxxx hingga tahun xxxx, rujuk laporan ketua audit negara ms.x) contohnya lah saya nak baca juga... atau boleh kemukakan theory ekonomi yg menyokong cara yg lebih baik (tak kesah la potong elaun menteri ka apa ka). Theory ekonomi tak semuanya boleh pakai, cth bila Malaysia mengawal ekonomi tahun 97, tapi terbukti berjaya. Kalau tak silap itu Kineasian theory. Sbg cth shj.

ben ten said...

RON97 - RM2.70 (harga jual) + RM0.00 (subsidi)
RON95 - RM2.10 (harga jual) + RM0.63 (Subsidi)

minyak mana yg lebeh mahal sebenarnya?

Yazid Hadzrim said...

Rimau patut la pikit cm mnatang.
Sumber kita ada tp nk trikatjgk dgn spekulasi dan arahan Nasara dan Yahudi.

Najib n UMNO dari dulu mmg utamakan ekonomi kroni bukan bangsa..

Dia bukan pakar ekonomi tp nk jaga kmenterian kewangan.. Chaitt... Spesis rimau jgk la tu.. Main baham rakyat...

Al-Munzirun said...

ni lah rimau yang bodoh..

Anonymous said...

ulasan yang bodo dan bangang

Anonymous said...

Bodoh! Lu kena banyak baca lagi beb... kelentong lu cuma makcik pakcik felda je yang nak percaya

Anonymous said...

aku pn tak suka minyak naik tapi aku tengok macai2 pembangkang yg komen sume bacul2. Gaji KM sarawak tu korang tak tanya pulak sejak bila ia tak naik dan dikaji balik.

Blog ni jelas guna fakta, so balas la guna fakta jugakk. Biar jadi orang ada hotak sikit. NI siap spin masuk nasara yahudi segala bagai. Yang Nuar juburi tu bagi statement sokong jaminan keselamatan kpd ngara Israel korang tak senyap pulak. Bingai!

Anonymous said...

Anonymous 11:51 PM

Silap statement ko tu. Aku rasa makcik2 kat felda tu lagi faham fakta2 ni. Hang tu yg bengap tak reti nak faham. Yang ko tau jilat fitnah Anuwaqq ja

Khairulazd said...

Ada sesiapa kat sini ada artikel alternative? Yg menyangkal 'fakta' penulis ni? Kita boleh berbeza pendapat, tapi kemukakan lah pembuktian utk menyangkal. Saya cuba nak lebih membaca. :)

Anonymous said...

Well, rakyat marah bukan hanya sebab minyak naik, tapi sebab kenaikan minyak adalah pencetus kepada kenaikan harga barang lain. Kalau betul kerajaan na bantu rakyat, kenapa gaji & elaun menteri dinaiikan tapi gaji & elaun rakyat kekal mcm dulu? Knp sistem bonus dah xde untuk kakitangan kerajaan & GLC? kenapa harga rumah naik? mana janji dalam menifesto sebelum PRU13 dulu? its true that kebanyakan minyak adalah untuk kegunaan rakyat, tapi royalti dr petronas sape yg dapat? Hapuskan la elaun para menteri yang mengarut2 tu.. sampaikan na beli baju sejuk pun na claim elaun, mmg mengarut sangat. kurangkan so call "lawatan sambil belajar" para menteri ke luar negara. Ministers, remember, the money that u spend is not urs, its belong to the peoples. If sorang xhalalkan, maka celakalah seluruh hidup kamu.

abd hadi said...

minyak naik 20sen je..gula pn naik utk ksihatan korang gak..skit je 2..nti jib akn sain TPP plak k? lps 2 jib dgn kak mah akn bg korang GST..ala skit jee 7persen je..
rakyat miskin minoriti je,,smua org kaya2 ma..tgok!!!! smua org pkai keta,,tk pe2 nti jib bagi sman AES plak,,alaaa murah2 je 300-150..kalau korang tk tlong gov sape jg nk tlg kan?????
aiyaaa!!! sudah lupa ka jib kata dlu lu tlg gua,,gua tlg u.
ok thanks sb support jib & kak mah yee ok c.u.
HIDUP umNO!!!HIDUP1 MSIA
tgu ye nti jib bg BRIM

Anonymous said...

Ape la..bagi ulasan tergantung..citer citer punye citer lari tajuk lain..puihh..

Anonymous said...

Alo bro..ape kne mngene ngan org felda lak?bodo sgt ke org2 felda ni lu rse.lu pndai sgt ke?agak2 la nk komen pon.mk bapak lu x ajar adab ke?ke mmg lu keturunan xde adab?

sikacamata said...

bodoh dan membodohkan, kita negara keluar minyak, kita banding dengan negara import minyak, kalau Arab Saudi yang berjuta juta barrel tu banyak lagi simpanan n kita pon yng jauh 16 kali ganda ke blkang, jadi perlu ke kita untung mcm 16 kali ganda ke depan, knpe tak untung sekldar apa yug kita ada, then alasan naikkan minyak untuk hutang dunia, mana kau ambik fakta ni, minyak makin naik dan hutang makin naik kejadah turunkan hutang -.-

siti maizia said...
This comment has been removed by the author.
siti maizia said...
This comment has been removed by the author.
siti maizia said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

org yg kata makcik pakcik difelda je yg boleh dikelentong (seem menyatakan makcik pakcik tuu kurang cerdik)...sebenarnya org yg tak tau bersyukur...makcik n pakcik yg kurang cerdik tu lah yg telah menolong menambahkan pendapatan negara. malaysia negara kedua terbesar export minyak kelapa sawit. one more thing, walaupon makcik pakcik tu xpernah buka borng efiling, makcik pakcik tu lah yg berikan cukai kepada kerajaan dari dulu sampi korang semua boleh access IE, belaja tinggi. Sekian wassalam. Gunakan lah perkataan yg indah supaya tiada membangkitkan kemaraha org lain. jgn underestima pada org yg duduk diluar bandar. turun sendiri kekawasan felda

Anonymous said...

Kenapa dlm parti bn hnya UMNO je yg dikutuk?sakit hati sgtkah org melayu pada bangsa sendiri?zalimkah mereka mereka itu sehingga bangsa sendiri xdpt menerima?atau perasaan sakit hati ne lahir akibat cucukan dr bangsa lain?rakyat hanya tahu mengkritik sbb sistem penjajahan british telah menerap dijiwa rakyat malaysia. Sbb itu bila subsidi diturunkan rakyat marah. Org yg marah jugak.mungkin terdiri dr staf petronas n tnb. Sepatut mereka perlu tahu pentadbiran disyarikat mereka. Kalu bonus dh berbulan...apa taknya kos kepada entiti. Napa x cost down dalam dulu. Tpi nelah generasi malaysia terkini. Di jepun harga minyak dan air mahal. Tetapi rakyat mereka sgt berdikari. Pengangkutan masih menggunakn basikal ataupun public trnsport. Kereta keluaran meeeka digunakan rakyat malaysia. Sah sah kayalah negara mereka. Penggunaan air pon sgt jimat. Xdgr plak dgr rakyat nk gulingkan kerajaan. Belaja utk bersifat patriotrik supaya keamanan sentiasa terjamin. Cuma sekiranya ada ketirisan bersama fakta ikutlah undang undang. Jgn tahu mengamuk. Waallahu alam bisawab. Hidup ne hanya pinjaman. Berfikir sebelum bertindak n pupuk semangat patriotrik. Tegur pihak atsan bukan menghancurkan kerna malaysia terdiri drpd pelbagai komuniti. Sesama sendiri bertelagah anak tiri dapat habuan baik punya

hazwan saniy said...

kalau nk comparekan pentadbiran jepun & malaysia mmg jauh sekali perbezaan.. xpayah laa nk banding.. kat malaysia ni byk rasuah dengan ketirisan dalam perbelanjaan bagai..mana duit tak abis. klu korang perhati, pemimpin jepun akan meletakkan jawatan jika dorang x bole nk buat sesuatu yg lebih baik untuk rakyat dia.. ok dlm kontek malaysia, cuba tgk berapa lama pentadbiran perdana menteri? klu rasa x bole memberi benefit kepada malaysia, why not serahkan kepada yg lebih layak? sy bkn fanatik politik tp cuba beri ruang dan peluang untuk pemimpin yg lebih layak yg mampu meningkatkan ekonomi malaysia as well as meningkatkan taraf hidup kita.

syar ariffin said...

KO DUDUK SARAWAK BARU KAU TAU KENAPA KM SARAWAK NAIK 3 KALI GANDA....AMAN SENTOSA..AKU ORG SARAWAK AKU TAUK LAH..HAHAHA

Anonymous said...

Ini yg kutuk flda,babit babit kn orng ni mesti macai2 penjilt jub0r ni,ye d0k? Lim guan eng bg mnyk free k0t? Pegi tngk cmna lim guan alau org melayu penang wahai macai,pecacai cina dn aljub0q

Anonymous said...

Stju br0,bngsa pecacai2 cina d tnh melayu x dok otak,sangup sok0ng dApig kerana nk kuasa.bodohnya ank2 melayu ari ni,kita gduh2 cina gelak puas,

Anonymous said...

Hujah yang sgt bijak...saya setuju...sbg contoh jepun...negara jepun kaya tetapi kos sara hidup rakyat tinggi....rakyat trgolong dlm golongan sederhana..tetapi mereka belajar utk terima hakikat kehidupan..

Anonymous said...

Sepatutnya kurangkan perbelanjaan yang kurang perlu dan memastikan perbelanjaan negara tidak mengalami ketirisan...insya Allah masalah kenaikan minyak dan harga barang dpt dikawal...tidaklah terus menerus nail sehingga membebnkan rakyat..

Yus man said...

saya xrasa dengan pengurangan subsidi minyak dpt membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat, well minyak penggerak ekonomi,, naik 20 sen brg lain naik juga. sepatutnya Br1m lah yg kerajaan patut mansuhkan, pemberian cuma setahun skali dan ia melibatkan kos yang tinggi dan bnyak, dengan isu MAS , bailout, dan faktor luar, kerajaan menanggung beban hutang yg tinggi, melebihi dri sepatutnya.. klu x silap 95%hutang dlm negara dan 5% lg hutang luar.itu semua duit rakyat kwsp etc.. kerjaan juga patut ada plan penjimatan mcm negara luar dengan menguranglan perbelanjaan yg xperlu. jgn tggu ada krisis baru nak sedar. bajet 2015 pun kita dah boleh agak. pasti perbelanjaan melebihi pendapatn negara as u can see dah brapa tahun kita mengalami perbelanjaan defisit. seolah olah xda jalan keluar buat kerajaan selain dari terus menambah hutang.

Anonymous said...

ekonomi jepun stabil sbb pmrintahan yg teratur..x kisah ada gst atau apa sgla..sbb brsesaikn dgn khidupan rakya..jgn samakan dgn malaysa..ekonomi x stabil, hutang melambung..sapa menterinya..hahahha

Anonymous said...

Entah

Anonymous said...

Jangan sampai negara kita hancur...perpaduan rakyat pecah dan tidak ada kesepakatan. Bersama kita mencari jalan penyelesaian.

Post a Comment

Popular Posts